Powered By Blogger

Tuesday, March 24, 2009

T3B...

T3B...

Salam...

Alkisah bila aku sampai dekat asrama batu 4 harapan aku semoga budak2 bilik yang sama dengan aku nanti ok-ok belaka. Mula-mula aku jejakkan kakiku ke tingkat 3 iaitu bilik T3B (masa tu aku kata dalam hati knp la tinggi bebenor bilik aku nih..) aku rasa “ok not bad” tapi agak pelik la sbb masa aku bincang dengan pak cik yang uruskan bilik (aku panggil pak cik topup) dia kata dekat bilik x boleh masak tapi bila aku masuk dalam bilik 2 macam ada satu bau yang menusuk ke rongga hidungku “ada orang tengah masak” kata aku dalam hati tapi aku buat dono jelah..

Bila je aku masuk budak-budak dalam bilik tu semua lintang-pukang, jadi kelam-kabut macam kena ribut. Masing-masing terkejut beruk tengok ada orang yang tidak dikenali memasuki bilik mereka. Munir (tukang angkat barang aku masa naik ke atas) perkenalkan aku sebagai penghuni baru bilik T3B. Aku pun apalagi senyum jelah..sambil memperkenalkan diriku. Masing-masing bertanyakan tentang asalku dari mana, amek course apa, umur berapa. Dan mereka pun kenalkan diri mereka sebagai MUN, WAFA, SARAH, BI, AYU, LILI dan ZA. Tapi ada seorang lagi penghuni T3B yang belum kenalkan diri-IRRA (sbb masa tu dia keluar dengan family dia).

Macam-macam kerenah yang aku jumpa bila aku duduk dekat bilik ni..ada yang macam ganas tapi sebenarnya x pon (BI) ada yang macam tomboi (MUN) ada perangai macam budak-budak (SARAH) ada jugak muka sertius tapi kuat melatah rupanya..(ZA) dan ada jugak ynag berperangai macam org dewasa tapi sebenarnya bawah umur lagi (WAFA) ahaks J.

Tapi aku x kisah sekurang-kurangnya ada jugak colourfull dalam bilik T3B nih..aku gembira walaupun kadang-kadang aku jadi gila melayan perangai budak bilik nih (adoi!!). Mana x nye dalam 1 bilik kami mempunyai 9 orang maunye x jadi giler..

Sekarang kitaorg dah jadi macam satu family walaupun dah berbagai-bagai cubaan yang kami hadapi dalam masa 3 bulan ni sehingga ada yang mencapai tahap berpecah-belah sbb ada org yang tidak berapa sukakan hubungan kitaorng. Akhirnya di atas satu persepakatan kami mengambil keputusan untuk face to face dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi dan barulah kami tahu siapa sebenarnya udang di sebalik mee mamee (huahuahua).

Sekarang genap 3 bulan aku duduk bersama dengan penghuni T3B aku rasa sangat selesa bersama-sama mereka. Kalau ada ketidakfahaman kami akan sama-sama selesaikan tapi buat masa ni alhamdulillah x ada problem lagi yang melanda kami ber-9. Kalau masing-masing ada problem kami akan saling bantu-membantu yela dah nama pun 1 bilik kan so kena la saling bantu-membantu barulah lengkap sebuah persahabatan itu...(betul tak-betuk tak?)

Aku bersyukur sangat2 coz dapat masuk dalam ahli kumpulan T3B ni sbb cuba pikir mana ada lagi budak bilik yang berpenghuni serami 9 org boleh duduk 1 meja bergelak-ketawa sama-sama macam yang kitorg buat hm?..ada ke korng nampak org lain buat macam kitorang? Tak ada kan..??

Kalau korang nampak @ pun terdengar ada budak-budak perempuan duk tergelak-gelak macam x hingat dunia lepak dekat cafe IIC itulah kitaorang penghuni bilik T3B.. (^_^)

2 comments:

  1. cesss~ mana ade bwh umo la!!! dh 18 dh pown!!! cesss~~~ PROVOKASI!!!!!! (>.<)

    ReplyDelete