Powered By Blogger

Wednesday, May 30, 2012

Sorry Boss ...

Assalamualaikum ..

Dah masuk setahun aku kerja. Sekarang tiba masa untuk aku tarik diri dari sebahagian anak buah boss.

Kalau tak sebab benda tu aku tak akan ambil keputusan ni. Baguslah, sekurang-kurangnya Allah dah bagi clue dekat hambanya ini supaya tidak membuang masa.

Sepanjang aku kerja ni pun aku memang dah lama rasa tak selesa. Kebanyakannya berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Nak tak nak terpaksa jugak sebab nak cari rezeki halal.

Sejak seseorang ni luahkan perasaan untuk rapat dengan aku, aku dah mula rasa tak selesa bekerja dengan dia.

Tulah sebab kenapa aku tak nak kerja lama-lama dah dekat situ. Bukan apa, aku tak boleh nak terima perasaan tu. Aku cuma anggap dia sebagai rakan sekerja je. Tak lebih !

"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada orang ketiga iaitu SYAITAN !" Memang betul ! Selama aku kerja ni memang asyik berdua je dengan mamat tu.

Memangla time bekerja tapi kalau ada pelanggan tak apa..ni kadang-kadang sorang pelanggan pun tak ada, yang tinggal aku dengan dia berdua je. Boss memang tak yah cakap lah. Bz je memanjang..jarang nak keluar jenguk..

Sekarang aku dah jadi seriau dengan dia. Seram pun ada jugak kot-kot dia nak buat apa-apa ke kat aku kan .. Aku pun dah malas nak mesra-mesra dengan dia.

So sekarang ni daripada SYAITAN duk sibuk menghasut, lebih baik aku ambil keputusan untuk behenti kerja. Senang.

Tapi dalam hati memang ada rasa kesian dengan boss.. Tapi nak buat macam mana..dah terpaksa..

Lepas tu ada pulak orang yang tak reti bahasa duk sibuk hal peribadi orang.. Kau sendiri pun terkedek-kedek, ada hati nak sibuk hal orang.

Tengok diri sendiri dulu lah baru nak sibuk hal orang ! menyampah pulak aku tengok. Mentang-mentang la aku ni jenis tak suka menjawab, sedap-sedap je nak kenakan aku kan !

Jangan sampai aku bukak mulut bisa aku ni nanti kau sendiri yang tergamam tau ! banyak mulut pulak ..

Kepada Mr.Boss, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sorry sangat-sangat kalau saya terkasar bahasa dan banyak menyusahkan mr Boss. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa saya. Ameen ..

Tuesday, May 29, 2012

Dalmation - New Mini Album

Assalamualaikum ..

Oh yeah ! Dalmation dah pun keluar dengan mini album mereka yang bertajuk STATE OF EMERGENCY 



Diakui album baru mereka kali ni menampakkan kematangan bukan sahaja dari segi lagu, malah image mereka juga lebih H.O.T !! >__<


Salah seorang member Dalmation Day Day tarik diri atas sebab2 peribadi dan diganti pula oleh Simon. 


Day Day


                                      
Simon

Mereka nampak sangat OWESOME ! tapi Daniel (Drama) tetap my favourite bias dalam Dalmation ! hahaha





Amacam ? HOT tak ?! haha memang takkan sanggup nak tengok lama-lama la kan.. lagu dia memang best !

Ada satu lagi lagu dalam album dorang ni yang jadi favourite ..


Dua lagu ni wajib untuk didengar dalam handphone saya ye .. haha

Heo Young Saeng - Crying

Assalamualaikum ..

OK ! uri oppa Heo Young Saeng dah ada lagu baru la dengan tajuk Crying ~ lagu ni sedih la .. T_T

Memang daebak lah ! sebab apa tau sebab oppa sangat cute !! hahaha

Tapi ada pulak komen-komen sumbang kata oppa tak pandai menari ..

Ek eleh macam la yang komen tu pandai bebenor menarinya ! huh ! menyampah pulak nengoknya ..

Memang tak dinafikan suara oppa sangat best. Lembut dan tenang je bila dengar. Jarang ada penyanyi solo LELAKI yang bersuara lunak merdu lagi manis berkrim ! hahaha (lebih-lebih pulak)

Dengar lagu ni banyak kali muzik dia macam pernah dengar. Lebih kurang macam lagu Taeyang (Big Bang) - Wedding Dress. 

Apa-apa pun i like this song so much. Walaupun tak pernah kecewa sebab cinta (hehehehe) tapi lagu ni memang mengusik jiwa. (cewah ! jiwang giler)

Jom layan kejap lagu dari Young Saeng oppa Crying .. chekidauuud ~







Saturday, May 26, 2012

Why Not Malaysia ?!

Assalamualaikum ...

Nak nangis tau tak dapat pergi Jong Ki oppa punya fan meeting  Y_Y

Wae oppa ? wae ?? sedih betul la .. jealous yang teramat bila tengok picture dekat I Love Song Jong Ki.

Picture dekat Thailand la dekat Singapore la .. saja je nak bagi jealous. Dah la tak dapat pergi huhuhuhu

Siapa tak geram .. cuba pikir ... secara logiknya, Thailand & Singapore tu memang sah-sah duduk sebelah Malaysia. Tapi kenapa tak boleh buat dekat sini ?! WAE ?!  (=_=)"

Alang-alang dah pergi Thailand tu kan, sekali jalan la pergi Malaysia ! aiyooo ... tapi nak buat macam mana kan.. dah takda jodoh nak jumpa dengan oppa.

Takpe lah oppa lain kali jelah kita jumpa ye ..