Powered By Blogger

Wednesday, May 30, 2012

Sorry Boss ...

Assalamualaikum ..

Dah masuk setahun aku kerja. Sekarang tiba masa untuk aku tarik diri dari sebahagian anak buah boss.

Kalau tak sebab benda tu aku tak akan ambil keputusan ni. Baguslah, sekurang-kurangnya Allah dah bagi clue dekat hambanya ini supaya tidak membuang masa.

Sepanjang aku kerja ni pun aku memang dah lama rasa tak selesa. Kebanyakannya berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Nak tak nak terpaksa jugak sebab nak cari rezeki halal.

Sejak seseorang ni luahkan perasaan untuk rapat dengan aku, aku dah mula rasa tak selesa bekerja dengan dia.

Tulah sebab kenapa aku tak nak kerja lama-lama dah dekat situ. Bukan apa, aku tak boleh nak terima perasaan tu. Aku cuma anggap dia sebagai rakan sekerja je. Tak lebih !

"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada orang ketiga iaitu SYAITAN !" Memang betul ! Selama aku kerja ni memang asyik berdua je dengan mamat tu.

Memangla time bekerja tapi kalau ada pelanggan tak apa..ni kadang-kadang sorang pelanggan pun tak ada, yang tinggal aku dengan dia berdua je. Boss memang tak yah cakap lah. Bz je memanjang..jarang nak keluar jenguk..

Sekarang aku dah jadi seriau dengan dia. Seram pun ada jugak kot-kot dia nak buat apa-apa ke kat aku kan .. Aku pun dah malas nak mesra-mesra dengan dia.

So sekarang ni daripada SYAITAN duk sibuk menghasut, lebih baik aku ambil keputusan untuk behenti kerja. Senang.

Tapi dalam hati memang ada rasa kesian dengan boss.. Tapi nak buat macam mana..dah terpaksa..

Lepas tu ada pulak orang yang tak reti bahasa duk sibuk hal peribadi orang.. Kau sendiri pun terkedek-kedek, ada hati nak sibuk hal orang.

Tengok diri sendiri dulu lah baru nak sibuk hal orang ! menyampah pulak aku tengok. Mentang-mentang la aku ni jenis tak suka menjawab, sedap-sedap je nak kenakan aku kan !

Jangan sampai aku bukak mulut bisa aku ni nanti kau sendiri yang tergamam tau ! banyak mulut pulak ..

Kepada Mr.Boss, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sorry sangat-sangat kalau saya terkasar bahasa dan banyak menyusahkan mr Boss. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa saya. Ameen ..

No comments:

Post a Comment