Monday, December 28, 2009
Penat Gila Tahap Gaban!!
keje 3 hari berturut-turut ( 25/12-27/12) pastu layan customer cam sengal punye perangai.
Kalau nak diikutkan patutnye keje dari pukul 11pg sampai 6 ptg jek alih-alih kene keje sampai pkul 10 lbh x ke haru jadinya..nasib baik gaji double (coz holiday) kalau x jgn harap la nak keje sampai mlm buta lain la kalau balik umah terus ni kene balik hostel hm..
Pakcik guard tu pulak dah macam bapak tiri x blh balik lbh dari pukul 11 mlm nanti nama kene highlight cantek punye warna MERAH. Rasa macam jadi cindarela la pulak huhu. Nasib baik pakcik guard tu x banyak tanya kalau x mmg malas pun nak jawab soklan dia hihik
Berbalik pada kepenatan yang x terhingga layan customer yang mcm sengal tahap giga punya. Bukan pe customer tu pun kaum aku gak MELAYU!! beb tapi berlagak cam sengal!! Hampeh. Alah biasa la budak mentah duit pakai mak bapak punya tapi berlagak mcm duit sendiri padahal budak school lagi tuh berlagak x habis-habis. Sakit hati gak dibuatnye..grrrr
Mana x geram dia dah order pastu bila kita bagi order dia, dia blh kata yang dia xada order benda tu. Lepas tu tiba-tiba dia panggil kata pesanan dia x sampai lagi "saya dah lama tunggu kenapa x sampai2 lagi order saya?" MANGKUK punya budak!! Dalam hati ni rasa macam nak baling sume pinggan mangkuk yang ada kat kichen tu. Nasib baik bukan aku yang amek order dan layan dorang kalu x dah lama rasanya aku bagi flying kick kat bebudak tu huh baru puas hati aku.
Kak sarah yang layan bebudak mentah tu pun aku tgk dah bengkak dah dgn perangai cam sengal dorang apa lagi dgn hati yang membara kak sarah pergi dkt dorang and tanya scr dedikasi (erk yeke?) tapi dlm hati aku bebudak ni kena ajr sikit(banyak pun xpe) biar padan muka huhu. (Go kak sarah!!)
"awak ada order air ni tadi kan?"
"ada"
"habis tu knp awak kate x ada order? pastu awak kata x dpt order awk."diam.
Terus kak sarah letak air dgn kasar atas meja. Hahah padan muka terdiam terus bebudak hingusan tu. Rasain lo main-main dgn kitaorg yek ambik ko sebijik hikhik.
PENGAJARAN:
Jangan ingat kitaorang service staff x blh main kasar dgn korang yang still bwh umur dan berlagak macam restoran tu bapak korang punye..huhuhu.
Salam
Thursday, December 24, 2009
Nak Lain Dapat Lain
Pusing punya pusing dekat ts tiba-tiba disapa oleh beberapa org student.
Dorang mintak masa jap tuk buat something. Aku tanya nak buat apa dorang kata nak test make up dkt aku dll. Aku tanya brape lama coz aku blum beli barang lagi. Dorang kata dlm 1 jm lbh jek. Aku tanya kak sarah macam mana? dia kata ok jek. Pikir punya pikir last2 akhirnya kami kata OK!
Sampai je dkt tmpt dorang wat praktis tu dorang suruh duduk dan dorang menjalankan tugas dorang.
Punya la lama gila tahap kura-kura begerak dari 1 jam lbh ke 3 jam!! mak oi! lama gila sampai punggung aku pun sakit macam nak tercabut dibuatnya. Sengal..
Tungu punya tunggu akhirnya dapat gak tengok hasilnya. Firstly tgk muka aku bila dah makeup wau!! impressive!! macam x caye je tu muka aku bkn aku je terkejut tgk k.sara, bi, ira pun terkejut tgk muka masing2.Totally different habis..
Tapi yang aku bengangnye barang yang aku nak aku x dpt nak beli. Ni semua gara-gara makeup free...nga..
Tuesday, December 15, 2009
Dah Masuk Sem Baru
Untuk sem baru ni aku ambil 4 subjek je cukuplah yang lepas tu aku dah tak sanggup lagi nak ambil banyak-banyak nanti tak tercapai akalku.
Sem lepas pointer aku jatuh tapi ia tidak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha lagipun turun sikit je (sedeh jugak) Keputusan itu mungkin akan buat mak dan ayah terkezut kejap (mak terutamanya) dan buat aku berfikir sejenak untuk sem baru ni aku akan buat yang terbaik.
Mungkin aku terlalu sibuk dgn kerja je sampai assignment pun aku buat last-last minit (hohoho) kelam kabut jugak dibuatnya. Walaupun pointer jatuh tapi tak ada yang kena repeat paper (alhamdulillah). insyaallah sem baru aku akan buat yang terbaik (amin)
Semalam mak call tanya bila nak balik sambil tu tanya keputusan sem lepas, aku dengan sengihnya jawab bolehla.."boleh la apa?" tanya mak. Aku jawab turun sikit la mak. Mak tanya kenapa turun? Senyap tak tau nak kata ape..tu la sibuk dengan kerja pointer pun turun la kan kata mak. Hadui ai pedih ulu hati tak tau nak kata apa dah. Dalam hati kata sorry mak..
Harapan aku sem ni jangan la turun lagi pointer aku sedih rasanya. Bukan aku je yang sedih mak ayah aku kalau tahu pun mesti dorang sedih jugak. (-_-)
Wednesday, November 4, 2009
ENTRY..ENTRY..ENTRY..
Dah lama benar rasanye aku tak buat entry baru..
nak masuk sebulan kot..yela bizi memanjang..hehe
xda masa nak buat..asik sibuk je..
(sebenarnya tgh xda duit nk pg cc buat entry baru..) (hoho)
kalo nak diikutkan tiap2 hari nak wat entry..
tp apa kan daya..ongkosnya kurang so terpaksa la pendam je..
3 minggu lps aku dpt 1 keje yang agak memberatkan (berat ker?)
bkn keje apa pon..nak cr duit lbh ckit sementara tunggu PTPTN (huhuh)
aku dgn Maisarah a.k.a kak sarah dpt keje dkt pavillion..
nama tmpt keje kitaorg? OldTown White Cafe
kalo nak jmpa kitaorg leh la pg sana ye.. hoho (promote2x)
skrang ni aku makin sibuk dgn keje, assgmnt yg berlambak-lambak
dan makin sibuk la nampaknye..hrp2 pointer aku x turun mendadak..
walaupun aku keje tp aku nak buktikan aku blh buat yag terbaik utk aku,
mak ayah aku yang sgt aku kasihi..
amin..
Tuesday, September 29, 2009
SELAMAT HARI RAYE...
Best nyer..poser dh hbs..blh mkn puas2..huhu
tp pose thn ni aku rasa x best la..
coz kena ganti pose la pulak..
bknnye ckit banyak tu kena ganti..
hampir setengah bulan beb..hadoiyai
lomah betul eden kalo pasal ganti pose ni..
Raye thn ni aku rasa ok
tapi ada something yang aku x bekenan pd hari raye pertama aku..
sbbnye...pasal tudung..
pagi2 buta dah buat aku marah
kenapa aku blh marah??
sbb (1) aku x jmpa warna yang sesuai dgn baju (cari sehari sblm raye)
yg (2) bila aku pakai adik aku punya tudung dia senget la apa la
rumusanye dahla x dpt cari tudung, pastu bila pakai adik punya mula la buat hal..
sakitnye hati..tuhan je yang tau..
hbs mood aku pagi tu..
Apa-apa pon pada budak2 bilik (IIC), kawan2 sekolah, sekerja dan saudara seislam..
saya nak ucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin..
Thursday, September 24, 2009
RAMADHAN..
Friday, September 11, 2009
Iftar @ IIC
kami makan dulu..
with g-ha & mun
Monday, August 31, 2009
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!!
PERGI TAK KEMBALI - USTAZ ASRI RABBANI
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Antara lagu2 yang aku suka dengar dari Rabbani adalah seperti pergi tak kembali, intifada' dll
semoga rohnya ditempatkan dengan orang2 yang beriman..Amin..
PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
SAKIT ITU RAHMAT..
dah la first day x boleh puasa pastu sakit mata pulak tu..
adoiyai..
terpaksa la ponteng kelas 2 ari yela xkan nak pegi class
dgn mata bengkak malu la kawe..huhu
itu pun x baik lagi masih ada sisa bengkak dan merah lagi..huhu
sakit wooo tahan dah macam anak cina bukit mana tah hohoho..
tapi itu semua rahmat dari allah s.w.t..
setiap penyakit ada penawarnya kan..
so redha je..
tuhan je yang tau betapa sakitnya
menahan mata yang bengkak
lagi merah
pegi klinik doktor bagi ubat mata
satu papan ubat KK,
9 biji ubat (hijau) untuk bengkak,
1 eye mo.
ubat KK aku x telan coz malas (sebenarnya takut nak telan sbb besaq sgt) huahua
ubat hijau tu pulak aku silap makan doktor suruh hisap @ gigit
yang aku ni pulak siap pi telan ubat tu dgn air
x ke hampeh namanye..adoiyai..
patutla mata aku ni x baik2 lagi...x nampak arahan yg dberi hoho
HARAPAN RAMADHAN
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada
Tuhan diberikan kekuatanKu merayu pada
Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Sunday, July 5, 2009
Perginya Seorang Raja Pop Dunia
1958-2009
Aku bknlah big fan MJ tp sape yang x kenal dgn penyanyi yang popular dgn trademark "moon walk" ni aku ada jgk dgr lagu2 MJ misalnya beat it, thriller, billie jean..tp sejak MJ meninggal ni aku dah mula suka dgr lagu2 dia yang x penah aku dgr sebelum ni mcm you are not alone, earth song..
Lega gak bila dgr abg MJ sendiri iaitu Jermaine Jackson (yg dah lama masuk islam) sebut "And Allah be with you Micheal, always.." semoiga rohnya ditempatkan dgn org2 yang beriman...Amin..
SELAMAT HARI BAPA..
Final Exam hm.....
3 paper aku amek tok sem lepas alhamdullillah aku blh laluinya..tp mcm biasala kepala ni bile time exam dtg mula la dia nak sakit la apa la terutamanya tok paper information skills fuh mcm nak tercabut rasa otak ni.
Aku tak harap sgt result tuk sem lps bagus, sbb aku rasa sem lepas aku x brapa fokus sangat x tau la knp..Masa quiz dulu pun aku dapat cukup2 mkn jek xda pe yg blh dibanggakan..tp kalau dapat result mcm sem sblm ni ok gak lg up lg bagus..hehe (^_^)
Untuk 2 subjek lain aku harap result bagus. Xpela apa2 pun tu sume dh lps jgn dipikirkan lg..x pyh nak dikenang-kenag just tunggu result je kalo bagus alhamdullillah kalo x redha jela nak wat mcm mane kan sape suruh xnak blaja rajin2..uhuk (^o^)
Sunday, May 17, 2009
SYUKUR (ALHAMDULILLAH)
Selalu ku sakiti engkau dengan dosaku
Ku balas segala kebaikanmu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyedari semua
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasa mu..
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku YaAllah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku YaRabbi atas rahmat dalam hidupku..
Selalu ku tinggalkan engkau dengan khilafku
Ku balas segala kemurahanmu dengan keburukan
Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasamu..
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku YaAllah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku YaRabbi atas rahmat dalam hidupku..
Monday, May 11, 2009
Mid-term dah dekat ni..ADOIYAI..
Apa la nak jadi dengan aku ni..kate nak jadi best student ahaks (poyonye ayat)
Esok dah dekat nak exam baru la nak sentuh buku selagi tak sampai exam tak ada maknenye nak pegang buku. Time tu baru la kepala ni sakit la pening la stress la..macam-macam penyakit yang datang sebelum-sebelum ni tak nak pulak dia datang.. (^_^)
Aku harap aku boleh wat tok mid-term ni aku takut gak ni..takut tak dapat skor yang terbaik tok semua subject terutamanya subject information skill. Dah la quiz hari tu cukup-cukup makan jek. He..risau kawe ni, kawe buleh buat ke idak ni..
Insyallah aku akan buat yang terbaik demi mak dan ayah aku..
Dan yang paling penting aku tak nak REPEAT..
Huhu itulah ayat yang paling menggerunkan aku tau tak..?? kalau boleh tak nak dengar dan pandang langsung ayat tu seram kawe..hehe
Mak..ayah..doakan yang terbaik untuk anakandamu ini..AMIN..
SELAMAT HARI IBU...
sedihnya hati ni coz x dpt sambut hari ibu mcm thn2 sblmnya..sob sob
tapi x pe aku dah beli something utk mak
hrp2 mak suka dgn pemberian aku tu..(insyallah)
MAK..sori ain x dpt balik tuk sambut hari ibu dgn mak..
harap-harap mak paham..
Di kesempatan ini aku nak ucapkan
selamat hari ibu kpd semua yang bergelar ibu
x kirala ibu ayam ker, ibu susuan ker, ibu angkat ker..
janji ada nama ibu huhu
lagu ni aku tujukan khas untuk ibuku yang tersayang...
SEMPURNA
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Disetiap langkahku
Ku kan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku lengkapi diriku
Engkau begitu sempurna..
Sempurna..
Friday, April 17, 2009
SEM BARU SEMUA PUN BARU..
Sem baru semua pun baru….
Exam dah habis sem baru pun dah bermula masing-masing rasa lega coz sumer dah tau dpt brape pointer. Yang dpt pointer tinggi alhamdullillah lah rasa lega tapi bagi org yang dpt pointer mcm aku ni sem ni kena belajar kau-kau lah..kena kerja keras utk dpt pointer lbh tinggi insyallah…. Sem baru ni aku amek 3 subjek je sbb short sem computer application, information skill dan intermediate 2.
Azam aku utk sem baru ni aku nak dpt kan pointer lbh tinggi dari sem lps insyallah aku blh dpt kalo aku blajar btl2 amin..
Keinginan aku pun dah tertunai iaitu beli phone baru (huhu) tp x dalah mahal biasa je..tp keinginan aku utk dptkan phone yang ada mp3 tertunai jugak akhirnya..aku mmg dah lama nak phone yang ada mp3 ni tp keinginan tu terpendam dan akhirnya dpt gak aku beli (yes!!)
Sem baru ni sume baru aku ada azam baru, phone pun baru cuma 1 je yang still lama baju untuk pegi kolej dari sem 1 sampai la sem baru ni sama jek..ahahahahaha
Wednesday, April 8, 2009
yahoo...exam dah habis...
akhirnya habis jugak exam...amin...
lega ckit hati aku ni...kalo x mcm cacing kepanasan huhu
first day exam aku malaysian studies dan intermidiate 1 alhamdullillah aku blh buat.. exam ke-2 business hadoi..subjek ni agak menyeramkan aku yela midterm ari 2 pun agak menyedihkan.. (^_^) tp alhamdullillah aku yakin aku blh buat..akhirnya last exam aku..islamic studies..ini lagi menyeramkan aku nak masuk dkt hall tu mcm nk masuk rumah hantu tau..huhu tp alhamdullillah..aku blh buat..mula2 cuak jugak tah soalan ape la yg kuar nti tp aku ckp dkt diri aku yang aku blh buat punye...kalau org lain blh buat x kan aku x blh buat kan...
aku nak mintak maaf dkt dak2 bilik (T3B) sepanjang aku exam..yela aku menghafal bkn mcm org lain hafal terjerit sana terjerit sini hehe sori k!
sekarang ni cuti sem tp x lama pun seminggu jek bg aku ok la kot kang lama-lama dkt umah bkn wat apa pun..banyak wat taik mata x pun menambahkan lemak di badan huahuahua
rindu plak dkt kolej huhu x sabar nak naik sem baru nih..
result dh kuar aku semakin cuak..dada berdebar-debar tah brape la yang aku dpt..dlm hati jata "mintak2 la lulus.." aku pg cc masuk terus lmn web iic nak tgk brape result yang aku dpt..akhirnya...ayat yang pertama kuar dr mulut aku bila dah tgk result tu ALHAMDULLILLAH ok la jgk sekurang-kurangnya lulus..amin..lulus jugak akhirnya..
Monday, March 30, 2009
THANK YOU SIR...
thak you sir...…
Salam…
Kali ni nak crita pasal seorang lecturer tempat aku belajar (iic). Nama dia Hairul Azhar Bin Muhammad. Masa mula2 dia masuk aku kata dlm hati “hensemnye lecturer ni”( hati mula berkenan cewah..). Aku ingat aku sorang je yg kenan rupanye ada lagi..(adoi..) yela muka hensem kan..sape yg x kenan..(uhuk)
ni la sir aku..korang tgk la hensem x my lecturer huhu (hemsem kan? kan? kan?)
alalalala comel la 2 konon (tapi mmg comey pun..) ahaks
Tapi bila dia dah mula mengajar hah kau keluar perangai dia yg sebenar..kalau tgh mengajar semangat giler sampai tgn pun terangkat-rangkat (huyo..) tapi beliau agak garang..tegas giler, kalu x dtg sehari dkt class kena ada excuse letter “gila kentang betul sir ni” kata aku dlm hati. Tapi tu sume masa dia mula2 masuk dlm class kitaorang. Walaupun dia mcm 2 tapi hati dia baik, rajin bagi kitaorg note yang dia wat dan fotostat bagi dkt kitaorg (kdg2 la kena beli)
Aku ada gak pikir sgt jarang seorang pengajar nak bagi note yang dia buat untuk student dorang. Kadang2 bila dia marah agak menakutkan jgk sampai class lain pun boleh dgr suara dia..dah la suara nyaring bak buluh perindu (uhuk) tapi tu suma sbb kitaorang tak buat apa yang dia suruh..cthnye berkenaan kedatangan class.
Aku ingat lagi dia pnh kate dkt class aku “awak sume tau tak? Class awak ni je yang selalu buat masalah selalu x dtg class..class lain xda pun buat mcm awak sume ni kedatangan pun o.k” (adush) setepek kena dkt muka masing2. Kitaorang pulak dgn muka tergamam hanya dpt telan air liur jela..
Satu yang aku perhatikan bila sir jalan x kirala masa dtg kolej ke..masa nak balik dr kolej ke..aku tgk sir ni mcm seorang student pun ada jgk yela dgn pakai beg sandang tepinya mmg persis seorang student sampai ada student2 dkt iic ni pandang tak berkelip-kelip ahaks x termasuk aku o.k! coz aku dah puas tgk dia dlm class (nada riak!)
Satu hari sir bg tau dkt kitaorang yang dia nak quit dr college ni kitaorang agak terkejut (mmg terkejut pon) kitaorg tanye knp? Dia kata sbb dia nak sambung blaja amek master pulak dlm bidang physiology..ohh ingatkan dah nak kawin..huhuh (kalau kawin aku la org paling sedih huwaaa). tapi kitaorg still sedih yela mana x nye sir yang baik hati nak pergi tinggalkan kami..(T.T)
Lepas tu kami 1 class rancang mengadakan 1 jamuan khas utk sir Azhar kami buat kali terakhir dan jamuan itu berjaya dgn sukses skali. Lagi membanggakan kami sumer ialah bila sir Azhar kate x pernah lagi mana2 student buat mcm apa yg kami buat (wah dh ada nada2 riak ni). Sampai ada satu masa aku dpt lihat air muka sir Azhar agak berubah bile kami nyanyikan lagu kenangan terindah (Samson) sedihnyerrr…
sir bergambar dgn student lelaki..
kenangan dgn student perempuan lak..
good luck sir!! kitaorg akan rindukan sir...
Tapi tu semua hanya tinggal kenangan je..lepas ni aku dah xdpt nak dgr bebelan sir lagi, xdpt lagi tgk muka sir tgh marah dan xdpt jugak tgk muka sir yang berkobar-kobar masa mengajar..dan yang paling penting sekali xdpt tgk muka sir yang hensem tu..(huhuhuh)
Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dkt sir Azhar atas segala tunjuk ajar dia selama ni bkn dkt aku je dkt student lain pun. Terima kasih yg x terhingga..
THANK YOU SIR..
pok-pok oh.. pok-pok
POK-POK
Pok?? ni lagi 1 tah dari mana tah ayat ni muncul tiba2 dah ada bila aku masuk dkt bilik T3B. Ni pun dari mulut cik Mun (heheh jgn marah mun) aku ada tanye apa itu pok? Dorang kata pok tu gelaran untuk orang lelaki..lebih kurang mcm abang la sebab kalau ada lelaki2 yang kami (T3B) berkenan kami ada gelaran untuk mereka..huhu (nasibla korang sape yang dapat). Bawah ni aku senaraikan nama-nama pok-pok yang selalu kitaorang (T3B) sebut;
1) Pok pop – paling popular d’antara pok-pok yg ada. Jenis suka ckp dan gelak x ingat dunia (mcm org yang berkenan dkt dia jgk) hehehe. Tapi dpn awek macho siot... huahuahua
2) Pok yi – agak popular la sampai dah x tau nak ckp pe pasal dia. Kdg2 suka wat org bengang, geram dan menyampah (terutamanya dkt mun)
3) Pok ha – seorang yang tegas, hensem (ehem) tapi kdg2 comel (mmg comel pun..ahaks) agak sedih la coz dia dh xda kt sini (iic) (T.T)
4) Pok katik – erm agak hensem jgk, muka pun comey tapi xberapa suka senyum, suka pandang orng semacam terutamanya dak T3B dan agak rendah (huhu) (senyum la ckit bang oi…)
5) Pok kopiah I – pendiam,pemalu jarang nampak dan agak kurus (mmg kurus pon) tapi sejuk mata memandang..
6) Pok kopiah II – kiut jugak tapi bwh umur kalau dgn aku (muahahah)
7) Pok ne – suka tgk muka dia. Mun kate sbb muka dia mcm cina (hehe) sbb tu panggil pok ne tapi ssh nak jumpa dia hm..(^_^)
8) Pok rock – rambut pacak, jarang nampak tapi taste si Za.
9) Pok toh – dpt nama ni masa dia nak jatuh (agak memalukan la) kdg2 kelakar.
10) Pok A – dorang kata agak menakutkan coz suka pandang org semacam..(allahualam)
11) Harry Potter – err..ni pun masuk dlm ketagori pok-pok ke??
12) Pok rin – rupa blh tahan, baik, mcm skema pun ada gak (mmg pon) huhuh.
13) Pok don – dorang kata muka dia mcm Hafiz Hamidun (ex in-team) yeke?? Adala ckit..
14) Pok do – dulu popular tapi sekarang tak dah..suka ckp gak mcm pok pop tapi lbh kpd kebudak-budakkan (pilihan hati irra) hehehe..(jgn marah irra)
15) Abang cokelat – erk ni pun nak masuk jgk ker?? (geng pok katik nih..bahaya..)
16) Pok ter – paling baru antara pok-pok . Tak berapa ingat muka dia mcm mane tapi dorang kata muka dia blh tahan jgk. (pengganti pok do..hahaha)
Hmm…agak ramai jugak la pok-pok yang budak bilik (T3B) ni ada tapi apa-apa pun ni untuk suka-suka jek jgn amek port sgt k!!