Powered By Blogger

Sunday, February 16, 2014

MATA BARU

Salam.

Wallah ! lama gilak tak menaip untuk blog.

Rasa macam lain je..

Kali ni jenguk sebab nak bagi tau kita baru dapat "mata baru"..

First time ever ok ! saja nak merasa macam mane pakai "mata baru" ni.. :P



Asyik tengok orang lain pakai je kan, apa kata diri sendiri pulak yang merasa untuk pakai.

So far so good. Tak ada masalah. Untuk first time kita beli yang biasa2 je.

Normal tapi yang ada power lah sebab kita ni Miss Rabun.. XD and yang tak ada silau.

Harga pun takda lah mahal mana kan..at least untuk cuba2 je.

Kalau o.k dapat gaji hujung bulan ni, boleh beli yang ada anti silau ke yang ada kaler2 ke..LOL


Monday, June 17, 2013

Gitulah..

Salam.

Oh yeah ! genap 9 bulan tak jenguk ini blogggg? huhu akhirnya..
tiba2 otak blank sebab dah tak tahu nak tulis apa..lol
hm..
Life still sama, kerja kerja kerja
pastu cuti cuti cuti..
cuma 1 je belum cukup lagi

JODOH JODOH JODOH

#ahaks ¤~¤


Monday, September 17, 2012

Convocation Day !! Meraikan Hari Kejayaan ...



Salam. 

Wohoooo !! akhirnya ku berjaya juga melalui fasa "CONVO" dalam hidupku..

Setelah sekian lama menuggu, ( over 1yr ) akhirnya selesai juga..

Segala penat lelah berhempas pulas memerah otak for study..dapat juga ku menggenggam sugulung Diploma..(walaupun..)

Walaupun ayahanda tiada untuk meraikan bersama..( atas sebab kerja ), kegembiraan tetap terasa..




Kejayaan ini adalah berkat doa dari ayahanda dan juga ibunda.. 




Bersama teman-teman seperjuangan..


p/s: Bila lagi kita semua akan berkumpul seperti ini semula ?? :"(


Sunday, September 9, 2012

Bila Dah Lama Tak Jenguk..

Salam.

Buat pertama kalinya, setelah lebih dari 3 bulan 8 hari 12 jam ku tidak menjenguk blog ku ini..hari in hati ku telah terbuka hati untuknya.. wah !gitu lah kan..

Ah..~ seriously rindu dengan blog ku ini..yelah dah lama tak menaip rasa janggal lak..

Semenjak, dua menjak, tiga menjak dah kerja ni kan..makin sibuk la dengan kerja baru..nak online pun payah..malas..

Yelah..pukul 8am dah gerak dari rumah, balik kerja pukul 7-7.30pm, pastu mandi, solat, ngaji bagai semua..tup tup dah pukul 11pm..nak online kejap pun dah malas.

Tapi sejak dah dapat "BF" baru ni adala jugak online kadang-kadang..yela..nak melepaskan rindu..kekeke

Alhamdulillah..rezeki murah..dapat apa yang ku idamkan.. Walaupun penat tapi ok la dari tanam anggur kat rumah kan..

p/s : Jangan putus asa. Rezeki Allah yang beri, kita mencari..

Wednesday, May 30, 2012

Sorry Boss ...

Assalamualaikum ..

Dah masuk setahun aku kerja. Sekarang tiba masa untuk aku tarik diri dari sebahagian anak buah boss.

Kalau tak sebab benda tu aku tak akan ambil keputusan ni. Baguslah, sekurang-kurangnya Allah dah bagi clue dekat hambanya ini supaya tidak membuang masa.

Sepanjang aku kerja ni pun aku memang dah lama rasa tak selesa. Kebanyakannya berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Nak tak nak terpaksa jugak sebab nak cari rezeki halal.

Sejak seseorang ni luahkan perasaan untuk rapat dengan aku, aku dah mula rasa tak selesa bekerja dengan dia.

Tulah sebab kenapa aku tak nak kerja lama-lama dah dekat situ. Bukan apa, aku tak boleh nak terima perasaan tu. Aku cuma anggap dia sebagai rakan sekerja je. Tak lebih !

"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada orang ketiga iaitu SYAITAN !" Memang betul ! Selama aku kerja ni memang asyik berdua je dengan mamat tu.

Memangla time bekerja tapi kalau ada pelanggan tak apa..ni kadang-kadang sorang pelanggan pun tak ada, yang tinggal aku dengan dia berdua je. Boss memang tak yah cakap lah. Bz je memanjang..jarang nak keluar jenguk..

Sekarang aku dah jadi seriau dengan dia. Seram pun ada jugak kot-kot dia nak buat apa-apa ke kat aku kan .. Aku pun dah malas nak mesra-mesra dengan dia.

So sekarang ni daripada SYAITAN duk sibuk menghasut, lebih baik aku ambil keputusan untuk behenti kerja. Senang.

Tapi dalam hati memang ada rasa kesian dengan boss.. Tapi nak buat macam mana..dah terpaksa..

Lepas tu ada pulak orang yang tak reti bahasa duk sibuk hal peribadi orang.. Kau sendiri pun terkedek-kedek, ada hati nak sibuk hal orang.

Tengok diri sendiri dulu lah baru nak sibuk hal orang ! menyampah pulak aku tengok. Mentang-mentang la aku ni jenis tak suka menjawab, sedap-sedap je nak kenakan aku kan !

Jangan sampai aku bukak mulut bisa aku ni nanti kau sendiri yang tergamam tau ! banyak mulut pulak ..

Kepada Mr.Boss, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sorry sangat-sangat kalau saya terkasar bahasa dan banyak menyusahkan mr Boss. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa saya. Ameen ..

Tuesday, May 29, 2012

Dalmation - New Mini Album

Assalamualaikum ..

Oh yeah ! Dalmation dah pun keluar dengan mini album mereka yang bertajuk STATE OF EMERGENCY 



Diakui album baru mereka kali ni menampakkan kematangan bukan sahaja dari segi lagu, malah image mereka juga lebih H.O.T !! >__<


Salah seorang member Dalmation Day Day tarik diri atas sebab2 peribadi dan diganti pula oleh Simon. 


Day Day


                                      
Simon

Mereka nampak sangat OWESOME ! tapi Daniel (Drama) tetap my favourite bias dalam Dalmation ! hahaha





Amacam ? HOT tak ?! haha memang takkan sanggup nak tengok lama-lama la kan.. lagu dia memang best !

Ada satu lagi lagu dalam album dorang ni yang jadi favourite ..


Dua lagu ni wajib untuk didengar dalam handphone saya ye .. haha

Heo Young Saeng - Crying

Assalamualaikum ..

OK ! uri oppa Heo Young Saeng dah ada lagu baru la dengan tajuk Crying ~ lagu ni sedih la .. T_T

Memang daebak lah ! sebab apa tau sebab oppa sangat cute !! hahaha

Tapi ada pulak komen-komen sumbang kata oppa tak pandai menari ..

Ek eleh macam la yang komen tu pandai bebenor menarinya ! huh ! menyampah pulak nengoknya ..

Memang tak dinafikan suara oppa sangat best. Lembut dan tenang je bila dengar. Jarang ada penyanyi solo LELAKI yang bersuara lunak merdu lagi manis berkrim ! hahaha (lebih-lebih pulak)

Dengar lagu ni banyak kali muzik dia macam pernah dengar. Lebih kurang macam lagu Taeyang (Big Bang) - Wedding Dress. 

Apa-apa pun i like this song so much. Walaupun tak pernah kecewa sebab cinta (hehehehe) tapi lagu ni memang mengusik jiwa. (cewah ! jiwang giler)

Jom layan kejap lagu dari Young Saeng oppa Crying .. chekidauuud ~