Powered By Blogger

Monday, March 30, 2009

THANK YOU SIR...

thak you sir...…

Salam…

Kali ni nak crita pasal seorang lecturer tempat aku belajar (iic). Nama dia Hairul Azhar Bin Muhammad. Masa mula2 dia masuk aku kata dlm hati “hensemnye lecturer ni”( hati mula berkenan cewah..). Aku ingat aku sorang je yg kenan rupanye ada lagi..(adoi..) yela muka hensem kan..sape yg x kenan..(uhuk)


ni la sir aku..korang tgk la hensem x my lecturer huhu (hemsem kan? kan? kan?)


alalalala comel la 2 konon (tapi mmg comey pun..) ahaks


Tapi bila dia dah mula mengajar hah kau keluar perangai dia yg sebenar..kalau tgh mengajar semangat giler sampai tgn pun terangkat-rangkat (huyo..) tapi beliau agak garang..tegas giler, kalu x dtg sehari dkt class kena ada excuse letter “gila kentang betul sir ni” kata aku dlm hati. Tapi tu sume masa dia mula2 masuk dlm class kitaorang. Walaupun dia mcm 2 tapi hati dia baik, rajin bagi kitaorg note yang dia wat dan fotostat bagi dkt kitaorg (kdg2 la kena beli)

Aku ada gak pikir sgt jarang seorang pengajar nak bagi note yang dia buat untuk student dorang. Kadang2 bila dia marah agak menakutkan jgk sampai class lain pun boleh dgr suara dia..dah la suara nyaring bak buluh perindu (uhuk) tapi tu suma sbb kitaorang tak buat apa yang dia suruh..cthnye berkenaan kedatangan class.


Aku ingat lagi dia pnh kate dkt class aku “awak sume tau tak? Class awak ni je yang selalu buat masalah selalu x dtg class..class lain xda pun buat mcm awak sume ni kedatangan pun o.k” (adush) setepek kena dkt muka masing2. Kitaorang pulak dgn muka tergamam hanya dpt telan air liur jela..


Satu yang aku perhatikan bila sir jalan x kirala masa dtg kolej ke..masa nak balik dr kolej ke..aku tgk sir ni mcm seorang student pun ada jgk yela dgn pakai beg sandang tepinya mmg persis seorang student sampai ada student2 dkt iic ni pandang tak berkelip-kelip ahaks x termasuk aku o.k! coz aku dah puas tgk dia dlm class (nada riak!)


Satu hari sir bg tau dkt kitaorang yang dia nak quit dr college ni kitaorang agak terkejut (mmg terkejut pon) kitaorg tanye knp? Dia kata sbb dia nak sambung blaja amek master pulak dlm bidang physiology..ohh ingatkan dah nak kawin..huhuh (kalau kawin aku la org paling sedih huwaaa). tapi kitaorg still sedih yela mana x nye sir yang baik hati nak pergi tinggalkan kami..(T.T)


Lepas tu kami 1 class rancang mengadakan 1 jamuan khas utk sir Azhar kami buat kali terakhir dan jamuan itu berjaya dgn sukses skali. Lagi membanggakan kami sumer ialah bila sir Azhar kate x pernah lagi mana2 student buat mcm apa yg kami buat (wah dh ada nada2 riak ni). Sampai ada satu masa aku dpt lihat air muka sir Azhar agak berubah bile kami nyanyikan lagu kenangan terindah (Samson) sedihnyerrr…


sir bergambar dgn student lelaki..


kenangan dgn student perempuan lak..



good luck sir!! kitaorg akan rindukan sir...


Tapi tu semua hanya tinggal kenangan je..lepas ni aku dah xdpt nak dgr bebelan sir lagi, xdpt lagi tgk muka sir tgh marah dan xdpt jugak tgk muka sir yang berkobar-kobar masa mengajar..dan yang paling penting sekali xdpt tgk muka sir yang hensem tu..(huhuhuh)

Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dkt sir Azhar atas segala tunjuk ajar dia selama ni bkn dkt aku je dkt student lain pun. Terima kasih yg x terhingga..

THANK YOU SIR..

pok-pok oh.. pok-pok

POK-POK

Pok?? ni lagi 1 tah dari mana tah ayat ni muncul tiba2 dah ada bila aku masuk dkt bilik T3B. Ni pun dari mulut cik Mun (heheh jgn marah mun) aku ada tanye apa itu pok? Dorang kata pok tu gelaran untuk orang lelaki..lebih kurang mcm abang la sebab kalau ada lelaki2 yang kami (T3B) berkenan kami ada gelaran untuk mereka..huhu (nasibla korang sape yang dapat). Bawah ni aku senaraikan nama-nama pok-pok yang selalu kitaorang (T3B) sebut;

1) Pok pop – paling popular d’antara pok-pok yg ada. Jenis suka ckp dan gelak x ingat dunia (mcm org yang berkenan dkt dia jgk) hehehe. Tapi dpn awek macho siot... huahuahua

2) Pok yi – agak popular la sampai dah x tau nak ckp pe pasal dia. Kdg2 suka wat org bengang, geram dan menyampah (terutamanya dkt mun)

3) Pok ha – seorang yang tegas, hensem (ehem) tapi kdg2 comel (mmg comel pun..ahaks) agak sedih la coz dia dh xda kt sini (iic) (T.T)

4) Pok katik – erm agak hensem jgk, muka pun comey tapi xberapa suka senyum, suka pandang orng semacam terutamanya dak T3B dan agak rendah (huhu) (senyum la ckit bang oi…)

5) Pok kopiah I – pendiam,pemalu jarang nampak dan agak kurus (mmg kurus pon) tapi sejuk mata memandang..

6) Pok kopiah II – kiut jugak tapi bwh umur kalau dgn aku (muahahah)

7) Pok ne – suka tgk muka dia. Mun kate sbb muka dia mcm cina (hehe) sbb tu panggil pok ne tapi ssh nak jumpa dia hm..(^_^)

8) Pok rock – rambut pacak, jarang nampak tapi taste si Za.

9) Pok toh – dpt nama ni masa dia nak jatuh (agak memalukan la) kdg2 kelakar.

10) Pok A – dorang kata agak menakutkan coz suka pandang org semacam..(allahualam)

11) Harry Potter – err..ni pun masuk dlm ketagori pok-pok ke??

12) Pok rin – rupa blh tahan, baik, mcm skema pun ada gak (mmg pon) huhuh.

13) Pok don – dorang kata muka dia mcm Hafiz Hamidun (ex in-team) yeke?? Adala ckit..

14) Pok do – dulu popular tapi sekarang tak dah..suka ckp gak mcm pok pop tapi lbh kpd kebudak-budakkan (pilihan hati irra) hehehe..(jgn marah irra)

15) Abang cokelat – erk ni pun nak masuk jgk ker?? (geng pok katik nih..bahaya..)

16) Pok ter – paling baru antara pok-pok . Tak berapa ingat muka dia mcm mane tapi dorang kata muka dia blh tahan jgk. (pengganti pok do..hahaha)

Hmm…agak ramai jugak la pok-pok yang budak bilik (T3B) ni ada tapi apa-apa pun ni untuk suka-suka jek jgn amek port sgt k!!

GONJENG??!! (erk)

gonjeng???!!

Salam..

Aku nak ceritakan ckit pasal dari mana datangnye asal-usul perkataan GONJENG nih..adakah ia sejenis makanan? Sebuah keretakah? Ataupun seorang hamba allah? (erk)

GONJENG ni mulanya datang dari mulut cik Munawarah kita niha..dia yang selalu sebut (dulu) aku pun tak taula apa maksudnya. Selalu jgk ayat tu keluar dari mulut dia. Tapi ada orang kata GONJENG ni maksudnya kepala botak. Allahualam..

Aku pun ada jgk cari dkt kamus dewan bahasa dan pustaka (ayat poyo) tapi x jumpa pun (ahaks padahal kamus biasa jek). Aku pun selalu jugak sebut ayat tu tapi kalo tgh marah atau pun bengang la..lgpun bdk bilik je yang tau (tapi xtau la pulak kalau orang lain tau maksud ayat nih).

Tapi apa-apa pun perkataan GONJENG ni bukan ayat lucah @ ayat kasar O.K!!

Tuesday, March 24, 2009

MY FRIENDS...

ni adalah teman-teman seperjuanganku...
di IIC...


hepinyer kitaorang..




intan..my bestfriend..
dah lama x jumpa ko apa khabar agaknyer..

final exam...

salam..

final exam dh nak dekat tapi apesal aku rasa macam xda ape2 jek macam xda exam pulak..apesal ek???
aku pun xtau la kenapa tapi aku xda semangat la nak amek exam nih..macam x boleh jek..
risau gak ni...dah la otak aku agak kebiolan sikit...(huhuhu)..
tapi aku selalu berdoa agar allah s.w.t tenangkan hati aku selalu..nak-nak dah dekat nak exam nikan..
nota adala baca cikit2 tapi kenapa x boleh masuk ye...hm...
ada sesapa boleh tolong...??? ada sesapa ubatnye x???

T3B...

T3B...

Salam...

Alkisah bila aku sampai dekat asrama batu 4 harapan aku semoga budak2 bilik yang sama dengan aku nanti ok-ok belaka. Mula-mula aku jejakkan kakiku ke tingkat 3 iaitu bilik T3B (masa tu aku kata dalam hati knp la tinggi bebenor bilik aku nih..) aku rasa “ok not bad” tapi agak pelik la sbb masa aku bincang dengan pak cik yang uruskan bilik (aku panggil pak cik topup) dia kata dekat bilik x boleh masak tapi bila aku masuk dalam bilik 2 macam ada satu bau yang menusuk ke rongga hidungku “ada orang tengah masak” kata aku dalam hati tapi aku buat dono jelah..

Bila je aku masuk budak-budak dalam bilik tu semua lintang-pukang, jadi kelam-kabut macam kena ribut. Masing-masing terkejut beruk tengok ada orang yang tidak dikenali memasuki bilik mereka. Munir (tukang angkat barang aku masa naik ke atas) perkenalkan aku sebagai penghuni baru bilik T3B. Aku pun apalagi senyum jelah..sambil memperkenalkan diriku. Masing-masing bertanyakan tentang asalku dari mana, amek course apa, umur berapa. Dan mereka pun kenalkan diri mereka sebagai MUN, WAFA, SARAH, BI, AYU, LILI dan ZA. Tapi ada seorang lagi penghuni T3B yang belum kenalkan diri-IRRA (sbb masa tu dia keluar dengan family dia).

Macam-macam kerenah yang aku jumpa bila aku duduk dekat bilik ni..ada yang macam ganas tapi sebenarnya x pon (BI) ada yang macam tomboi (MUN) ada perangai macam budak-budak (SARAH) ada jugak muka sertius tapi kuat melatah rupanya..(ZA) dan ada jugak ynag berperangai macam org dewasa tapi sebenarnya bawah umur lagi (WAFA) ahaks J.

Tapi aku x kisah sekurang-kurangnya ada jugak colourfull dalam bilik T3B nih..aku gembira walaupun kadang-kadang aku jadi gila melayan perangai budak bilik nih (adoi!!). Mana x nye dalam 1 bilik kami mempunyai 9 orang maunye x jadi giler..

Sekarang kitaorg dah jadi macam satu family walaupun dah berbagai-bagai cubaan yang kami hadapi dalam masa 3 bulan ni sehingga ada yang mencapai tahap berpecah-belah sbb ada org yang tidak berapa sukakan hubungan kitaorng. Akhirnya di atas satu persepakatan kami mengambil keputusan untuk face to face dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi dan barulah kami tahu siapa sebenarnya udang di sebalik mee mamee (huahuahua).

Sekarang genap 3 bulan aku duduk bersama dengan penghuni T3B aku rasa sangat selesa bersama-sama mereka. Kalau ada ketidakfahaman kami akan sama-sama selesaikan tapi buat masa ni alhamdulillah x ada problem lagi yang melanda kami ber-9. Kalau masing-masing ada problem kami akan saling bantu-membantu yela dah nama pun 1 bilik kan so kena la saling bantu-membantu barulah lengkap sebuah persahabatan itu...(betul tak-betuk tak?)

Aku bersyukur sangat2 coz dapat masuk dalam ahli kumpulan T3B ni sbb cuba pikir mana ada lagi budak bilik yang berpenghuni serami 9 org boleh duduk 1 meja bergelak-ketawa sama-sama macam yang kitorg buat hm?..ada ke korng nampak org lain buat macam kitorang? Tak ada kan..??

Kalau korang nampak @ pun terdengar ada budak-budak perempuan duk tergelak-gelak macam x hingat dunia lepak dekat cafe IIC itulah kitaorang penghuni bilik T3B.. (^_^)