Powered By Blogger

Tuesday, March 24, 2009

SAMBUNG BELAJAR????

SAMBUNG BELAJAR????

Sebenarnya dah lama aku pendamkan perasaan aku ni iaitu untuk sambung belajar balik yela aku jeles jugak tgk kwn2 aku yg seangkatan dgn aku dah pergi sambung blaja. Dulu cuman (pak cik aku merangkap adik mak aku) suruh sambung blaja aku kata xnak aku nak kerja dulu pastu sekarang baru sibuk terhegeh-hegeh nak sambung. Ayah long aku pulak (abang mak aku) bila dia tahu aku nak sambung blaja mula la dia membebel pasal ni dia kata:

“kalau dari dulu kau sambung blaja dah lama dah kau habis”

(setepek kena kat muka aku hampeh) aku pulak dengan muka x bersalah buat dono jelah..mmg salah aku pun dulu x nak sambung sekarang dah tua bangka baru sibuk nak sambung...(huahuahua). Yela aku pun terfikir jugak sampai bila aku nak kerja macam ni (jual air cendol, jadi promoter). Aku pikir jugak kalau setakat SPM dgn keputusan yg mmg dah macam sakai 2 jgn harap la dpt kerja bagus...

Dengan semangat yg berkobar-kobar (masa tu) aku pun sibukkan diri aku dengan mencari tempat2 yang blh aku lanjutkan bukan usia tapi pelajaran..akhirnya dapat jugak aku tempat untuk sambung blaja. Banyak jugak aku dapat tawaran sambung blaja ada yang dari pahang tapi akhirnya aku ambil keputusan sambung blaja dekat INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE.. (sebenarnye aku xnak berpisah lagi dgn family aku hahah). Di sinilah aku mulakan kehidupan baruku sebagai seorang STUDENT...

No comments:

Post a Comment