Powered By Blogger

Monday, September 17, 2012

Convocation Day !! Meraikan Hari Kejayaan ...



Salam. 

Wohoooo !! akhirnya ku berjaya juga melalui fasa "CONVO" dalam hidupku..

Setelah sekian lama menuggu, ( over 1yr ) akhirnya selesai juga..

Segala penat lelah berhempas pulas memerah otak for study..dapat juga ku menggenggam sugulung Diploma..(walaupun..)

Walaupun ayahanda tiada untuk meraikan bersama..( atas sebab kerja ), kegembiraan tetap terasa..




Kejayaan ini adalah berkat doa dari ayahanda dan juga ibunda.. 




Bersama teman-teman seperjuangan..


p/s: Bila lagi kita semua akan berkumpul seperti ini semula ?? :"(


Sunday, September 9, 2012

Bila Dah Lama Tak Jenguk..

Salam.

Buat pertama kalinya, setelah lebih dari 3 bulan 8 hari 12 jam ku tidak menjenguk blog ku ini..hari in hati ku telah terbuka hati untuknya.. wah !gitu lah kan..

Ah..~ seriously rindu dengan blog ku ini..yelah dah lama tak menaip rasa janggal lak..

Semenjak, dua menjak, tiga menjak dah kerja ni kan..makin sibuk la dengan kerja baru..nak online pun payah..malas..

Yelah..pukul 8am dah gerak dari rumah, balik kerja pukul 7-7.30pm, pastu mandi, solat, ngaji bagai semua..tup tup dah pukul 11pm..nak online kejap pun dah malas.

Tapi sejak dah dapat "BF" baru ni adala jugak online kadang-kadang..yela..nak melepaskan rindu..kekeke

Alhamdulillah..rezeki murah..dapat apa yang ku idamkan.. Walaupun penat tapi ok la dari tanam anggur kat rumah kan..

p/s : Jangan putus asa. Rezeki Allah yang beri, kita mencari..

Wednesday, May 30, 2012

Sorry Boss ...

Assalamualaikum ..

Dah masuk setahun aku kerja. Sekarang tiba masa untuk aku tarik diri dari sebahagian anak buah boss.

Kalau tak sebab benda tu aku tak akan ambil keputusan ni. Baguslah, sekurang-kurangnya Allah dah bagi clue dekat hambanya ini supaya tidak membuang masa.

Sepanjang aku kerja ni pun aku memang dah lama rasa tak selesa. Kebanyakannya berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Nak tak nak terpaksa jugak sebab nak cari rezeki halal.

Sejak seseorang ni luahkan perasaan untuk rapat dengan aku, aku dah mula rasa tak selesa bekerja dengan dia.

Tulah sebab kenapa aku tak nak kerja lama-lama dah dekat situ. Bukan apa, aku tak boleh nak terima perasaan tu. Aku cuma anggap dia sebagai rakan sekerja je. Tak lebih !

"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada orang ketiga iaitu SYAITAN !" Memang betul ! Selama aku kerja ni memang asyik berdua je dengan mamat tu.

Memangla time bekerja tapi kalau ada pelanggan tak apa..ni kadang-kadang sorang pelanggan pun tak ada, yang tinggal aku dengan dia berdua je. Boss memang tak yah cakap lah. Bz je memanjang..jarang nak keluar jenguk..

Sekarang aku dah jadi seriau dengan dia. Seram pun ada jugak kot-kot dia nak buat apa-apa ke kat aku kan .. Aku pun dah malas nak mesra-mesra dengan dia.

So sekarang ni daripada SYAITAN duk sibuk menghasut, lebih baik aku ambil keputusan untuk behenti kerja. Senang.

Tapi dalam hati memang ada rasa kesian dengan boss.. Tapi nak buat macam mana..dah terpaksa..

Lepas tu ada pulak orang yang tak reti bahasa duk sibuk hal peribadi orang.. Kau sendiri pun terkedek-kedek, ada hati nak sibuk hal orang.

Tengok diri sendiri dulu lah baru nak sibuk hal orang ! menyampah pulak aku tengok. Mentang-mentang la aku ni jenis tak suka menjawab, sedap-sedap je nak kenakan aku kan !

Jangan sampai aku bukak mulut bisa aku ni nanti kau sendiri yang tergamam tau ! banyak mulut pulak ..

Kepada Mr.Boss, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sorry sangat-sangat kalau saya terkasar bahasa dan banyak menyusahkan mr Boss. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa saya. Ameen ..

Tuesday, May 29, 2012

Dalmation - New Mini Album

Assalamualaikum ..

Oh yeah ! Dalmation dah pun keluar dengan mini album mereka yang bertajuk STATE OF EMERGENCY 



Diakui album baru mereka kali ni menampakkan kematangan bukan sahaja dari segi lagu, malah image mereka juga lebih H.O.T !! >__<


Salah seorang member Dalmation Day Day tarik diri atas sebab2 peribadi dan diganti pula oleh Simon. 


Day Day


                                      
Simon

Mereka nampak sangat OWESOME ! tapi Daniel (Drama) tetap my favourite bias dalam Dalmation ! hahaha





Amacam ? HOT tak ?! haha memang takkan sanggup nak tengok lama-lama la kan.. lagu dia memang best !

Ada satu lagi lagu dalam album dorang ni yang jadi favourite ..


Dua lagu ni wajib untuk didengar dalam handphone saya ye .. haha

Heo Young Saeng - Crying

Assalamualaikum ..

OK ! uri oppa Heo Young Saeng dah ada lagu baru la dengan tajuk Crying ~ lagu ni sedih la .. T_T

Memang daebak lah ! sebab apa tau sebab oppa sangat cute !! hahaha

Tapi ada pulak komen-komen sumbang kata oppa tak pandai menari ..

Ek eleh macam la yang komen tu pandai bebenor menarinya ! huh ! menyampah pulak nengoknya ..

Memang tak dinafikan suara oppa sangat best. Lembut dan tenang je bila dengar. Jarang ada penyanyi solo LELAKI yang bersuara lunak merdu lagi manis berkrim ! hahaha (lebih-lebih pulak)

Dengar lagu ni banyak kali muzik dia macam pernah dengar. Lebih kurang macam lagu Taeyang (Big Bang) - Wedding Dress. 

Apa-apa pun i like this song so much. Walaupun tak pernah kecewa sebab cinta (hehehehe) tapi lagu ni memang mengusik jiwa. (cewah ! jiwang giler)

Jom layan kejap lagu dari Young Saeng oppa Crying .. chekidauuud ~







Saturday, May 26, 2012

Why Not Malaysia ?!

Assalamualaikum ...

Nak nangis tau tak dapat pergi Jong Ki oppa punya fan meeting  Y_Y

Wae oppa ? wae ?? sedih betul la .. jealous yang teramat bila tengok picture dekat I Love Song Jong Ki.

Picture dekat Thailand la dekat Singapore la .. saja je nak bagi jealous. Dah la tak dapat pergi huhuhuhu

Siapa tak geram .. cuba pikir ... secara logiknya, Thailand & Singapore tu memang sah-sah duduk sebelah Malaysia. Tapi kenapa tak boleh buat dekat sini ?! WAE ?!  (=_=)"

Alang-alang dah pergi Thailand tu kan, sekali jalan la pergi Malaysia ! aiyooo ... tapi nak buat macam mana kan.. dah takda jodoh nak jumpa dengan oppa.

Takpe lah oppa lain kali jelah kita jumpa ye .. 

Thursday, April 19, 2012

ePOP THE 1ST FAN MEETING [ 12.04.22 ]


Assalamualaikum..

Korang ada dengar cerita tak ? ePOP nak buat the 1st fan meeting pada 22 April tahun 2012 besamaan dengan hari ahad ni. Nak pergi ! yang penting masuk PERCUMA ! lol


Dengar cerita macam-macam aktiviti yang dorang akan buat. So sesiapa yang tak pergi memang akan berasa sangat rugi sebab ni adalah 1st time dorang buat ! So confirm la ramai yang datang kan..


Jadi apalagi, jangan lepaskan peluang korang !

untuk maklumat lanjut klik disini >>>>>> ePOP malay

chekidauuud ~ bye-yom

Monday, April 9, 2012

After School vs 2NE1 vs Spica

Assalamualaikum.

Apa kena dengan After School, 2NE1, dengan Spica ni ? mereka bergaduh ke ? haha takda la..~ 
dorunk tak gaduh pun. Saja nak bagitau yang mereka-mereka ni adalah my favourite KPOP girls group.

Sebab apa saya suka mereka ? sebabnya mereka-mereka ni tak menggediks-gediks macam other girls groups lain. [ops! sorry ~]

Lagi satu mereka-mereka ni kelihatan macam ganaz sikit. Sikit la, tak banyak pun. Yang penting mereka-mereka ini semua tak cover cun atau what so ever yang dipanggil GEDIKS !

I tak suka la gediks-gediks ni, kecomelan yang tak asli langsung ! nyampah bedah ! Sebab tu jangan pelik kalau I lebih berminat dengan boys group. 

Sebab of course la dorang kureng menggediks macam girls. Kang gediks kang orang kata dah buang tabiat apa ? lols

Anyway kita layan MV mereka-mereka ni jap ~ cekidauuud





After School





2NE1





Spica




Friday, April 6, 2012

Bila Lappy Dijadikan Seperti Barang Mainan

Assalamualaikum..

Sedihnya rasa hati bila lappy kesayangan dihentak sesuka hati oleh orang yang tak reti nak bezakan barang berharga dengan barang yang tak berharga.

Sebab apa ? sebab mental problem. Kalau dia tahu barang tu berharga, takda la suka-suki je nak hentak lap top orang kan.

Lepas tu siapa yang susah ? aku jugak.. nak kena hantar dekat pakar sakit elektrik. Dah la tu, kalau 20,30 hinggit tak pe la. Ni sampai RM300++ , mana nak cekau duit der ~

Baru je ingat nak habiskan duit untuk jumpa Jong Ki oppa, last-last keluar kat tempat lain. Meroyan kejap bedah  /(=_=)\

Sakit hati jangan cakap la. Menyesal bagi guna pun ada gak. Walaupun duit beli lap top tu bukan duit sendiri, tapi still aku sayang benda alah tu sebab bayangkan, dah guna lap top tu dah 3 tahun ! bayangkan..~

Mengamuk jugak lah kan dekat mereka-mereka yang menjadi punca ni. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi. Redha jelah..

Tapi yang penting esok lusa aku claim lah balik duit repair tu kan. Siapa suruh buat hal. Nasib badan lah ~ muahahaha (gelak jahat)


p/s: Lain kali jaga harta orang macam harta sendiri. Bukan buat macam harta sendiri ! chaw bedah !

Tuesday, April 3, 2012

Song Joong Ki First Asia Tour Fan Meeting in Singapore 2012

Assalamualaikum..

Dengar cerita Jong Ki oppa nak datang Singapura. Wah ! i want to see him ! nak sangat-sangat-sangat-sangat ! ahahaha. nak sangat !

Sebab apa saya nak jumpa Jong Ki ? sebab saya minat. minat sangat ! 
Kenapa la dorunk tak buat dekat Malaysia. Kan senang sikit. Dekat. Ini tak. Buat tu jauh-jauh. 
Dah la aku ni tak ada passport satu hal. Lepas tu nak kena buat pulak satu hal. Nak kena beli tiket pulak satu hal ! jauh ! duh ! =_=" Banyak hal lah !

Singapore dengan Malaysia nih takda lah jauh sangat. Sebelah menyebelah je..takkan tu pun tak nak singgah jap..~ sedih tol la (Y_Y)

Terpaksa menyusahkan org lain nak belikan tiket. (kalau dia nak belikan)

Kat bawah ni sedikit-sebayak info tentang event tersebut.. cekidauuud ~

Autograph Session
Date: May 20, Sunday
Time: 4 pm
Venue: Kallang Theatre Orchid Room

*Available to Fan Meeting Category 1 & 2 ticket holders only, subject to availability.
No. of Passes: 100 (offered on balloting basis to interested applicants with additional charges for successful applicants)
Pass entitles pass-holder to:
- Opportunity to meet Song Joong Ki up close one to one in a closed door event
- One personal autograph by Song Joong Ki on event poster
- Poster design A
- Collectible pass


Fan Meeting
Date: May 20, Sunday
Time: 6:30 pm
Duration: Approx. 100 mins
Venue: Kallang Theatre Auditorium

Tickets will be available via Sistic.
Ticket Prices: Ranging from $68 - $188. Prices are in SGD and exclude Sistic booking fees.

High Five Session
Date: May 20, Sunday
Time: 8:30pm (To be held after the Fan Meeting)
Venue: Kallang Theatre Auditorium

*Available to all Fan Meeting ticket holders, subject to availability,
No. of Passes: 200 (offered on balloting basis to interested applicants with additional charges for successful applicants)
Pass entitles pass-holder to:
- Opportunity to meet Song Joong Ki up close one to one in a closed door event
- Opportunity to share a high five with Song Joong Ki
- Poster design B
- Collectible pass


Fan Meeting
Date: 20 May, Sunday
Time: 6.30 pm
Duration: Approx. 100 mins
Venue: Kallang Theatre Auditorium


Ticket Pricing Categories:
Category 1 – $188 (Limited quantity)
Category 2 – $168
Category 3 – $138
Category 4 – $108
Category 5 – $68

p/s: i want the red price ! jaebal. can anyone please buy me the ticket ?!

Friday, March 30, 2012

TOP

Assalamualaikum..

Kalau sebut pasal TOP, korang semua mesti ingat TOP [Big Bang] kan? haha


Tapi la ni bkn nak cerita pasal dia, tapi nak cerita pasal group KPOP yang ada kena mengena dgn huruf T.O.P. 

Saya ada beberapa buah group Korea yang ada sebutan TOP. Nak tahu siapakah? chekidauuuuud.......


Yang Pertama :

- B2ST -

Korang tau apa maksud B2ST? kalau korang B2UTY of course korang tau. 

BOYS 2 TO SEARCH THE TOP
nampak tak? ada TOP.

Tak perlu diperkenalkan lagi sebab depa semua ni dah search on the TOP dah. lol

one of my favourite group! kyaaa ~
suka semua lagu dorang..
and Gi Kwang is my bias! =D






Yang Kedua : 

- TEEN TOP

Yang ini pulak memang dah sah-sah ada sebutan TOP kan..huhu

Macam nama kumpulan dorang. 
Kesemuanya muda remaja lagi.. T-T

Suka dgn tarian dorang. sgt bertenaga, sampai semput aku dibuatnya ~ 
But i like Chunji !!






Yang Ketiga :

- TRITOPS - 

Sape TRITOPS ni? dorang baru je debut dgn lagu
I'm A Bad Guy.. jahat sgt ke korang ni? lol

Tak dinafikan lagu dorang pun best jugak. Cuma ada orang kata, ni org kata ye..lagu ni ada iras-iras GRENADE sikit. Cuba korang dgr ye..

Salah seorang ahli mereka Ban Hyung Moon ada merakamkan OST untuk drama The Moon Embraces The Soon.





                          cr as tagged.


Hyung Moon oppa! your voice so daebak! i melt already ~

ok! this is my new bias! lol



















***chaw bedah !

Wednesday, March 28, 2012

MATERIALISTIK, FANTASTIK, ELASTIK

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak cerita pasal materialistik je. Saja je letak fantastik, elastik tu.. nak kasi gempak sikit..lol
Bila cerita pasal M.A.T.E.R.I.A.L.I.S.T.I.K ni apa yang anda fikir?

Apa yang saya tahu maksudnya adalah orang yang hanya memandang kebendaan sahaja. Tak kiralah lelaki or perempuan, tua or muda.

Bila 'dia' hanya memandang 'kebendaan' sahaja, maka bagi yang tiada  'kebendaan' itu akan hanya dipandang sebelah mata sahaja. Kesian..ish ish

Memangla harta benda tu kadang-kadang penting untuk masa depan, tapi kalau asyik nak fikirkan harta benda sahaja, tak guna juga kan..bukan boleh bawa ke kubur pun..

Ada orang suka pakai barang yang branded-branded aja..tak mainlah yang cikai-cikai ni..murah la katakan. Pantang nampak barang mahal-mahal, ada je niat tu nak pergi beli. Kononnya jadi orang pertama yang dapat 'barang' tu. Ceh! puyus je..

Kadang-kadang bila dah 'gila' harta ni, mereka jarang ingat tuhan. Tahu nak hidup mewah dekat dunia je. Tak nak cari 'harta' untuk akhirat esok.

Yang penting hati kena selalu ikhlas, bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t dah berikan pada kita. Dan ingat Allah selalu. Jangan pernah kita lupa bahawa tuhan itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

p/s: I'm not MATERIALISTIK girl ok! chao bedah~

Wednesday, March 21, 2012

The Moon That Embraces The Sun


Assalamualaikum..

Akhirnya selesai sudah menonton cerita ni..story dia sangat daebak (terbaik)! Walaupun cerita dia berlatarbelakangkan cerita dolu-dolu (old story) tapi jalan cerita memang cun lah! haha. tak rugi tengok..



Salah satu sebab, kenapa saya suka sangat tengok drama ni sebab ada pelakon-pelakon yang hebat! macam Han Ga In unnie, Kim Soo Hyun, Jung Il Woo, Kim Min Seo unnie, dan lelaki paling HOT dalam drama tu, tak lain tak bukan Song Jae Rim oppa! saya dah mula sukakan dia! lol tak lupa juga Jung Eun Pyo ahjussi (pak cik), mereka semua pelakon yang hebat! kalau tak ada mereka, confirm drama ni tak menjadi.







Tapi ramai pulak yang mati bila last episode Jung Il Woo - mati kena bunuh,  Kim Min Seo unnie mati bunuh diri. Biasalah..drama kan..tak best la kalau hero tak bersama heroinnya..haha. Apa-apa pun drama ni memang best. Bagi yang masih belum tengok lagi, tengok la cepat nanti nyesal pulak huhu. Siapa-siapa yang rasa nak tengok drama-drama Korea tengok dekat SINI banyak drama Korea yang best-best..




Saya akan rindukan mereka.. T_T
have a good day.
Ann-yeong~

Tuesday, March 20, 2012

KPOP SONG

Assalamualaikum..

kali ni nak kongsikan sikit lagu baru KPOP minggu ni..

1) Big Bang - Blue [klik]

2) CN Blue - Still In Love [klik]

3) Blok B - NarinA [klik]

4) MBLAQ - It's War [klik]

5) MBLAQ - Run (live) [klik]


***actually semua lagu kat atas ni my favourite song~ lol.
have a good day! ann-yeong.

SHINEE IS BACK!!



Assalamualaikum..

[menyanyi] hai senangnya dalam hati.., SHINee kembali lagi..weeee

haha sukanya hati..akhirnya my boys dah pun keluar album baru 'SHERLOCK'.

Overall semuanya o.k dari segi muzik, style, and dance. i like it!

Bila tengok teaser picture dorang nampak sangat lain..terutamanya Minho.

Tapi nasib baik dalam MV je huhu

Hope their album will be successful. SHINee HWAITING!!

klik sini




Monday, March 19, 2012

3 month already..~

Assalamualaikum..

salam sejahtera. hampir tiga bulan sudah ku tak meng"update" ini blog. kenapa ek?
en. FB boleh pulak on tiap-tiap hari! duh! =_="

sorry mr. Blog lepas ni ku akan meng"update" mu setiap minggu..insyallah..~